sekebloran.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN LOHAN RANAU
PETI SURAT 79 ,Tel : 088875166 , Faks : 088875166
e-mel : sekebloran@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LENCANA SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | PROFIL PENTADBIR | ENROLMEN PELAJAR | KURIKULUM | PAUTAN | GALERI GAMBAR | BUKU PELAWAT | PEMBANGUNAN SEKOLAH | PIAGAM SEKOLAH | MAKLUMAT SEKOLAH | BERITA SEMASA 2008 | SUKAN 2008 | BERITA TERKINI 2010 | SUKAN ZON UTARA 2010 | DOA SEKOLAH | RT |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan  sekolah

 Makmal Komputer sekolah

Sekolah Kebangsaan Lohan , Ranau terletak kira-kira 9 km dari Pekan Ranau. Sekolah ini telah diasaskan oleh Encik Mohd Ali Kandalis dengan sokongan padu daripada penduduk kampung Lohan.
     Bangunan sekolah yang diperbuat daripada dinding bambu , batang kayu dan beratap zink telah dibina pada tahun 1963 dengan kerjasama penduduk kampung.
Seterusnya pada bulan Mei 1963, pembelajaran dimulakan dengan enrolmen murid seramai 54 orang dengan seorang tenaga pengajar iaitu Cikgu Sadi Hassan. Semua murid ini ditempatkan dalam satu bilik darjah sahaja.
      Memandangkan tahun demi tahun bilangan murid meningkat , maka pada tahun 1965 , bangunan kedua yang mempunyai dua bilik darjah telah dibina oleh Jabatan Pelajaran Sabah.
      Sekolah Kebangsaan Lohan yang mempunyai keluasan 9.28 ekar adalah merupakan sekolah rendah yang pertama mendapat bangunan konkrit dua tingkat di daerah Ranau yang telah dibina pada tahun 1982.


Kolam Ikan Sekolah

 Pusat Sumber Sekolah





Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: