sekebloran.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN LOHAN RANAU
PETI SURAT 79 ,Tel : 088875166 , Faks : 088875166
e-mel : sekebloran@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LENCANA SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | PROFIL PENTADBIR | ENROLMEN PELAJAR | KURIKULUM | PAUTAN | GALERI GAMBAR | BUKU PELAWAT | PEMBANGUNAN SEKOLAH | PIAGAM SEKOLAH | MAKLUMAT SEKOLAH | BERITA SEMASA 2008 | SUKAN 2008 | BERITA TERKINI 2010 | SUKAN ZON UTARA 2010 | DOA SEKOLAH | RT |

BERITA SEMASA 2008
PENDAFTARAN MURID SESI 2008
Semua ibu bapa telah melaksanakan tanggungjawab mereka pada 30 & 31 Disember bagi sesi pendaftaran 2008. Pendaftaran murid ini telah dijalankan selama dua hari dan melibatkan semua guru kelas ; manakala murid yang sudah mendaftar telah diberikan pinjaman buku teks sebaik sahaja segala urusan pendaftaran selesai.
MINGGU ORIENTASI DAN TRANSISI MURID TAHAP 1&2
Pada minggu pertama persekolahan beberapa program telah dijalankan seperti minggu orientasi dan transisi bagi semua murid tahap 2 & 1. Syabas dan Tahniah kepada semua AJK yang terlibat

TENAGA PENGAJAR BARU SK LOHAN
Semua warga SK Lohan mengucapkan selamat datang kepada barisan tenaga pengajar baru yang telah melaporkan diri ke sekolah ini. Semoga kedatangan tenaga pengajar/ Guru baru ini dapat meneruskan lagi kecemerlangan sekolah ini.
KAMI JUARA!!
Tahniah dan syabas kepada kontinjen Sekolah kerana menjadi Johan keseluruhan dalam kejohanan MSS Zon utara 2008 yang telah berlangsung di SMK Lohan Ranau. SK LOHAN BOLEH ....
AKTIVITI SEPANJANG BULAN MAC!!
*Tahniah dan syabas kepada Pasukan Sekolah kerana berjaya menyertai serta menjadi Johan pelbagai acara dalam Pesta Kokum Zon Utara dan Peringkat Daerah 2008 yang telah berlangsung di SMK Timbua Ranau.
* Minggu Bahasa Inggeris juga telah dijalankan sepanjang bulan Mac ini dan penglibatan dari semua Rumah Sukan adalah menggalakkan. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Spell it right , Choral Speaking , action song . ENGLISH IS FUN .......
KEM KECEMERLANGAN FASA 2 DAN KEM ALAM SEKITARĀ  SK LOHAN 2008
Pada 31 Julai hingga 3 Ogos 2008 AJK kecemerlangan sekolah telah mengadakan kem kecemerlangan Fasa 2 dan juga Kem Alam sekitar yang dijalankan di Lokasi Sungai Tagal Luanti , Nalapak. Para peserta terdiri daripada kalangan murid tahun 6. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kem ini. Kerjasama anda adalah teras kejayaan kita. SK Lohan BOLEH...
MERIAH DAN BERSEMANGAT SK LOHAN -16 OGOS 2008
SYABAS di atas kerjasama semua tenaga pengajar , pentabdir dan murid Sk Lohan kerana berjaya mengadakan dan menyambut bersama Program 3 dalam 1. Sambutan Kemerdekaan , Hari Guru dan RIMUP. Tidak dinafikan penglibatan semua pihak adalah memberangsangkan dan bersemangat......MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA!
SOLAT HAJAT MURID TAHUN ENAM
29 Ogos 2008. Semua calon UPSR 2008 telah mengadakan solat Hajat bersama dengan para ibubapa bagi memohon "keboleh berjayaan" semua murid khususnya tahun enam. Semoga semua calon UPSR 2008 beroleh kejayaan yang terbaik. SELAMAT BERJUANG.....
 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: